PROMO YANG BERLALU..

Author: helwipmapium // Category:

Minggu PROMO '09 yang bermula pada 28 Julai 2009 telah melabuhkan tirainya pada 31 Julai 2009 iaitu pada hari Jumaat yang lepas. Pelbagai ragam dan gaya yang dipertunjukkan oleh senior-senior yang mewakili persatuan masing-masing untuk menarik adik-adik freshies menyertai persatuan mereka.

Suasana pada kali ini sangat meriah dan mendapat sambutan yang menggalakkan sama ada daripada pelajar lama mahupun pelajar baru yang dilihat tidak putus-putus mengunjungi booth persatuan yang menjadi pilihan. DJ yang ceria juga menambahkan lagi warna warni minggu PROMO pada kali ini. Tidak ketinggalan juga PMAPIUM yang meriah setiap kali dikunjungi oleh pelajar-pelajar dari Akademi Pengajian Islam. Lebih meriah apabila boothbooth kali ini bersebelahan dengan booth PMKUM, juga berhampiran dengan booth PMIUM dan PERMATA yang turut menerima kunjungan tidak putus di kalangan mahasiswa.

Sepanjang minggu PROMO berlangsung, PMAPIUM telah membuka 2 booth iaitu di dataran KPS dan juga di Akademi Pengajian Islam sendiri untuk pendaftaran bagi pelajar baru dan renew bagi pelajar lama. Sepanjang 4 hari ini juga HELWI PMAPIUM turut mempromosi perkenalan awal kepada semua warga APIUM dengan memberikan sticker HELWI kepada setiap pengunjung yang hadir.

Khas untuk warga APIUM, nantikan pula pada masa akan datang untuk bersama-sama di dalam hari Interaksi PMAPIUM (i-PMAPIUM) 09. Pelbagai pengisian menarik yang akan kami hidangkan untuk kalian. InsyaAllah, HELWI juga akan mempromosi dan memperkenalkan diri kepada semua dan membawa beberapa agenda utama dan penting untuk warga muslimat khasnya dan APIUM umumnya. Nantikan!! :)

0 Responses to "PROMO YANG BERLALU.."

Catat Ulasan