Memaparkan catatan dengan label ISU. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ISU. Papar semua catatan

Relevankah cara itu??

Author: helwipmapium // Category:
1 OGOS 2009 merupakan tarikh keramat kepada pimpinan negara Malaysia, pimpinan pakatan rakyat, polis seluruh malaysia dan RAKYAT khususnya. Tarikh ini memperlihatkan kepada kita rakyat telah benar-benar bangkit menyuarakan dan menyatakan amarah mereka terhadap akta zalim dan tidak berperikemanusiaan ini. Walaupun pelbagai cara dilakukan oleh polis suruhan kerajaan untuk menghalang rakyat daripada terus berhimpun akan tetapi, semangat yang tidak berbelah bagi rakyat ini tidak sedikit pun lumpuh dek kerana manusia-manusia suruhan itu.

Di pihak HELWI sendiri, kami melihat perkara sebegini sangat tidak relevan bagi menyuraikan keadaan. Apakah polis dan kerajaan todak ada cara lain yang lebih baik untuk digunakan kepada rakyat? Apakah mereka sudah kehilangan akal untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat? Perhimpunan 100 000 rakyat sudah cukup jelas menunjukkan bantahan 100% terhadap akta zalim yang tidak ada faedahnya kepada rakyat tetapi sekadar keuntungan di pihak kerajaan.

Oleh itu, mengapa kerajaan ingin menambahkan lagi rasa amarah dan benci rakyat terhadap mereka? Menggunakan fru dan air "water cannon" yang berbahaya kepada rakyat. One Malaysia seharusnya di gunakan dengan baik oleh kerajaan yang ada pada hari ini bukan sekadar dilafaz untuk meng 'ada'kan slogan baru memandangkan pimpinan pada hari ini adalah pimpinan baru.

Perhimpunan yang dikira berjaya dilaksanakan bagi menunjukkan suara rakyat ini seharusnya berlangsung dengan aman dan berjalan lancar. Siapa yang menghuru harakan keadaan bukanlah rakyat, tetapi yang cuba menghuru harakan keadaan pada hari ini adalah mereka polis-polis suruhan kerajaan. Kami di peringkat HELWI bukan 100% menyalahkan kerajaan yang ada pada hari ini tetapi kami memohon untuk menilai kembali suara-suara yang lahir dari rakyat jelata.
Dan mencari apakah insiatif yang baik dalam pelbagai perhimpunan rakyat. Bukan menggunakan jalan yang sungguh menyakitkan rakyat ini.

Mereka cuba untuk mengadakan perhimpunan yang cukup aman, tetapi kehadiran polis yang tiba-tiba menyembur tidak tentu hala menyebabkan keadaan menjadi kelam labut dan kesempatan itulah mereka cuba untuk menyalahkan rakyat, bahawa rakyatlah yang membuat huru-hara. Apakah ini saja cara kerajaan pada hari in menutup kesalahan mereka? Apakah relevan tindakan ganas fru dan sahabat baik mereka "water cannon"??

Keadilan Telah Lama Hilang

Author: helwipmapium // Category:
Seperti biasa walaupun pilihan raya telah pun tamat dan umum sudah pun mengetahui keputusan yang rasmi, namun ada saja baki-baki ketidakpuasan hati dari pelbagai pihak. Yang menang, menanglah, yang sudah pun tewas, tewaslah tetapi kita bukan hendak menyentuh hal pilihan raya yang telah pun lepas itu. Perkara yang ingin disampaikan ialah persoalan keadilan. baik keadilan di pihak parti-parti, keadilan dipihak SPR, keadilan dipihak peraih undi dan juga keadilan dipihak media.


Apa yang ingin kita bawa di sini ialah kenapa arus media yang kita mahukan untuk umum ini masih lagi terus terusan membawa satu imej yang agak mengelirukan sedangkan mereka sepatutnya lebih memahami apa yang dikatakan sebagai PR ataupun
Public Relations
(perhubungan awam). Agaknya mereka memerlukan lebih banyak kelas-kelas PR tersebut supaya kesedaran dan kematangan dapat ditonjolkan dalam diri setiap mereka yang berada dan berkaitan dengan media (berita) khususnya.


Saya cuba ingin mengambil beberapa contoh yang telah pun berlaku. Bagi yang terbaru, di pilihan raya Manek Urai yang lepas, sebuah parti telah menggembar--gemburkan tentang kecederaan penyokongnya sedangkan perkara tersebut juga berlaku malah lebih dasyat lagi untuk parti lawan. Lihat! bagaimana pandai dan bijaknya media sekarang untuk membodek namun gagal dan tewas dalam mengamalkan PR secara terus-terusan dalam mengeluarkan statment yang pada saya penting atau tidak sesebuah
statment itu, mereka haruslah memberi dengan jujur.


Perlu diingatkan, jangan sering menyorokkan keburukan sebelah pihak kerana akhirnya nanti kita akan lelah untuk menyediakan pelbagai kenyataan yang juga akhirnya 'terpaksa' turut menipu dan menyorokkan lebih banyak fakta yang bercanggahan. Tidak rasakah perbuatan itu amat memenatkan dan membuatkan kita lebih dilihat naif dengan profession kita sendiri.


Mungkin isu dan topik ini sekian kali sering bermain dibibir-bibir yang sudah lama tidak berpuas hati dengan media namun, saya ingin juga membawa isu ini agar mahasiswa yang bakal mengganti pada masa akan datang cuba dengan sedaya upaya untuk menggunakan dan mengamalkan PR atau
Public Relations ini dengan baik dan jujur. Hal ini dilihat kerana, apa juga berita atau kenyataan yang kita keluarkan itu akan membuahkan sedikit sebanyak kepercayaan umum kepada apa yang telah kita keluarkan walaupun kenyataan itu berbaur FITNAH.


Contoh yang diberi baru satu, belum lagi kita melihat dari sudut lain. Maka, bangkitlah mahasiswa-mahasiswa yang sudah lama dahagakan keadilan, bangkit dan jadilah salah seorang pencetus keadilan di dalam setiap bidang. Maka perhalusi dari sekarang ilmu yang bertembok di dada, agar kelahiran kita nanti bakal menjamin sebuah negara yang adil dan sejahtera.