Keadilan Telah Lama Hilang

Author: helwipmapium // Category:
Seperti biasa walaupun pilihan raya telah pun tamat dan umum sudah pun mengetahui keputusan yang rasmi, namun ada saja baki-baki ketidakpuasan hati dari pelbagai pihak. Yang menang, menanglah, yang sudah pun tewas, tewaslah tetapi kita bukan hendak menyentuh hal pilihan raya yang telah pun lepas itu. Perkara yang ingin disampaikan ialah persoalan keadilan. baik keadilan di pihak parti-parti, keadilan dipihak SPR, keadilan dipihak peraih undi dan juga keadilan dipihak media.


Apa yang ingin kita bawa di sini ialah kenapa arus media yang kita mahukan untuk umum ini masih lagi terus terusan membawa satu imej yang agak mengelirukan sedangkan mereka sepatutnya lebih memahami apa yang dikatakan sebagai PR ataupun
Public Relations
(perhubungan awam). Agaknya mereka memerlukan lebih banyak kelas-kelas PR tersebut supaya kesedaran dan kematangan dapat ditonjolkan dalam diri setiap mereka yang berada dan berkaitan dengan media (berita) khususnya.


Saya cuba ingin mengambil beberapa contoh yang telah pun berlaku. Bagi yang terbaru, di pilihan raya Manek Urai yang lepas, sebuah parti telah menggembar--gemburkan tentang kecederaan penyokongnya sedangkan perkara tersebut juga berlaku malah lebih dasyat lagi untuk parti lawan. Lihat! bagaimana pandai dan bijaknya media sekarang untuk membodek namun gagal dan tewas dalam mengamalkan PR secara terus-terusan dalam mengeluarkan statment yang pada saya penting atau tidak sesebuah
statment itu, mereka haruslah memberi dengan jujur.


Perlu diingatkan, jangan sering menyorokkan keburukan sebelah pihak kerana akhirnya nanti kita akan lelah untuk menyediakan pelbagai kenyataan yang juga akhirnya 'terpaksa' turut menipu dan menyorokkan lebih banyak fakta yang bercanggahan. Tidak rasakah perbuatan itu amat memenatkan dan membuatkan kita lebih dilihat naif dengan profession kita sendiri.


Mungkin isu dan topik ini sekian kali sering bermain dibibir-bibir yang sudah lama tidak berpuas hati dengan media namun, saya ingin juga membawa isu ini agar mahasiswa yang bakal mengganti pada masa akan datang cuba dengan sedaya upaya untuk menggunakan dan mengamalkan PR atau
Public Relations ini dengan baik dan jujur. Hal ini dilihat kerana, apa juga berita atau kenyataan yang kita keluarkan itu akan membuahkan sedikit sebanyak kepercayaan umum kepada apa yang telah kita keluarkan walaupun kenyataan itu berbaur FITNAH.


Contoh yang diberi baru satu, belum lagi kita melihat dari sudut lain. Maka, bangkitlah mahasiswa-mahasiswa yang sudah lama dahagakan keadilan, bangkit dan jadilah salah seorang pencetus keadilan di dalam setiap bidang. Maka perhalusi dari sekarang ilmu yang bertembok di dada, agar kelahiran kita nanti bakal menjamin sebuah negara yang adil dan sejahtera.

0 Responses to "Keadilan Telah Lama Hilang"

Catat Ulasan