Selamat Datang dan Kembali Kepada Seluruh Warga APIUM

Author: helwipmapium // Category:
Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat datang kepada adik-adik dan sahabat-sahabat baru yang telah berjaya menjejakkan kaki ke Uni Malaya tercinta ini khususnya di Akademi Pengajian Islam. Hari-hari yang dilalui pastinya penuh ceria dan gembira. Bagi sahabat-sahabat senior, selamat kembali ke kampus dan meneruskan pengajian yang masih berbaki demi menuntut ilmu yang setitis.


Minggu ini kelihatan Persatuan Mahasiswa Pengajian Islam (PMAPIUM) bersama-sama wakil fakulti bertungkus lumus membantu pelajar-pelajar baru menyelesaikan pendaftaran subjek yang di buat. Semalam, 6 Julai 2009 PMAPIUM telah menyediakan perkhidmatan beberapa komputer riba untuk proses pendaftaran subjek pelajar baru. Mungkin boleh di bahasakan sebagai adik-adik baru, mereka kelihatan cukup gembira dengan perkhidmatan tersebut. Almaklumlah, makmal komputer di atas mungkin sesak dengan rakan-rakan baru mereka.
Apa pun, selamat memulakan pengajian kepada freshies di Pengajian Islam Universiti Malaya.

0 Responses to "Selamat Datang dan Kembali Kepada Seluruh Warga APIUM"

Catat Ulasan