SALAM AIDILFITRI

Author: Ummu Hannan // Category:

HELWI PMAPIUM mengucapkan Salam Aidilfitri buat seluruh warga APIUM. Moga ramadhan yang berlalu memperoleh berkat dan rahmat dari-Nya. Syawal yang tiba ini biarlah menjadi penguat semangat bagi kita semua untuk lebih dekat pada-Nya agar seluruh kehidupan ini sentiasa di atas landasan dan jalan yang benar di sisi-Nya.

Maaf dipinta, keampunan diharapkan atas salah silap sepanjang kami memegang tampuk pimpinan mahasiswi di APIUM. Di mohon dan menjadi harapan, seluruh mahasiswi APIUM dapat bersama-sama kepimpinan siswi dalam menonjolkan ketrampilan dan kredibiliti sebagai seorang mahasisiwa muslim lebih-lebih lagi di Akademi Pengajian Islam ini.

Akhir kata, sambutlah salam mesra dan salam Ied Mubarak dari kami HELWI PMAPIUM 2009/2010.
Wanita Solehah....
semoga menjadi pedoman wanita yang ingin menjadi
remaja yang cemerlang, isteri yang solehah,
dan ibu yang penyayang..insyaAllah.... ^_^

Syaitan Yang Menggoda Iman

Author: Ummu Hannan // Category:
SHEIKH ABDUL QADIR JAILANI adalah seorang alim ulama dan ahli sufi yang cukup dikenali keutamaan dan kemuliaan ilmunya di kalangan umar Islam. Kerana sikapnya yang warak atau dekat dengan Allah, banyak pengikutnya yang berlebih-lebihan memuliakannya. Diceritakan suatu hari Sheikh Abdul Qadir jailani berjalan merantau seorang diri. Dalam mengharungi padang pasir yang panas terik itu ia merasa kehausan. Tiba-tiba ia melihat sebuah bejana dari perak melayang di udara lalu perlahan-lahan turun kepadanya diselimuti awan di atasnya.

Saat itu diceritakan terdengar suara ghaib di angkasa : "Hai Abdul Qadir, minumlah isi bejana ini. Hari ini kami telah menghalalkan kamu makan dan minum semua yang selama ini aku haramkan . Dan telah kugugurka semua kewajipan untukmu." Bunyi suara ghaib itu.

Sebagai orang yang arif, Abdul Qadir cukup tahu bahawa suara ghaib yang menyerupai wahyu itu cuma syaitan yang menggoda keteguhan imannya. Maka marahlah ia dan berkata : "Hai mal'un beredarlah engkau dari sini. Sesungguhnya aku tiada lebih mulia dibandingkan dengan Nabi Muhammad S.A.W di sisi Allah Taala. Kepada Rasulullah sahaja tidak mungkin berlaku ketentuan semacam itu. Barang yang diharamkan Allah selamanya tetap haram, dan kewajipan hamba kepadanya tidak pernah digugurkan termasuk pada diriku." Ujarnya tegas.

Dari Wanita Untuk Wanita

Author: Ummu Hannan // Category:
Alhamdulillah sekali lagi pada minggu ini Allah mengizinkan kami untuk meneruskan kuliah Fiqh Mar'ah yang diadakan pada setiap tengah hari Jumaat. Minggu lalu, untuk kali pertamanya kami mengadakan kuliah ini tidaklah mendapat sambutan yang begitu menggalakkan. Dari permasalahan yang dilihat kerana masa yang dipilih adalah kurang bersesuaian.

Al maklumlah, hari Jumaat...tak ramai yang ada kelas, jika ada pun sekitar jam 1 petang baru mereka keluar. Itu pun hanya beberapa kelas sahaja. Pemerhatian yang dibuat pada minggu lalu berjaya membuatkan kami mengambil beberapa iktibar untuk minggu ini. Disebabkan itulah kami menukar masa dari jam 12.15pm kepada jam 1pm, di mana tempatnya masih lagi sama.

Kehadiran muslimat pada minggu ini agak menggalakkan. Perbincangan yang di bawa oleh Naib Yang Di Pertua PMIUM, Ukhti Fasihah Mohd Pauzi juga amat menarik perhatian. Tajuk Dari Wanita Untuk Wanita dikupas dengan cukup baik oleh pimpinan muslimat tersebut.


Beliau menerangkan bahawa muslimat ini bukan sahaja mengetahui bahawa dia adalah seorang pelajar semata-mata, tetapi perlu mengorak langkah ke depan sebagai seorang mahasiswi muslim dan seorang muslimah yang mengetahui akan hal agamanya.



Beliau juga turut menyarankan kepada mahasiswi yang hadir agar turut sama-sama merealitikan agenda utama yang digagaskan oleh SIGMA sebuah badan Srikandi di bawah GAMIS iaitu dengan Triple P. Peka Isu, Public Speaking dan juga Public Relation. Pendekatan yang di bawa oleh beliau memperlihatkan bahawa muslimat ini bukan lagi duduk di tampuk lama yang hanya boleh melakukan kerja-kerja asas terutama selepas berkahwin.


Saranan beliau kepada mahasiswi muslim adalah untuk bersama-sama menyampaikan seruan dakwah dan menggunakan sebaik mungkin kemahiran yang ada untuk disampaikan kepada anggota masyarakat. Bukan sahaja tugas ini perlu dilaksanakan oleh golongan pemuda tetapi muslimat perlu mengambil ia sebagai satu keistimewaan yang dikurniakan oleh Allah.


sebahagian mahasiswi yang hadir

Moga inilah wajah-wajah yang bakal menggegarkan bumi
dengan kalimah tauhid!