Al maklumlah, hari Jumaat...tak ramai yang ada kelas, jika ada pun sekitar jam 1 petang baru mereka keluar. Itu pun hanya beberapa kelas sahaja. Pemerhatian yang dibuat pada minggu lalu berjaya membuatkan kami mengambil beberapa iktibar untuk minggu ini. Disebabkan itulah kami menukar masa dari jam 12.15pm kepada jam 1pm, di mana tempatnya masih lagi sama.
Kehadiran muslimat pada minggu ini agak menggalakkan. Perbincangan yang di bawa oleh Naib Yang Di Pertua PMIUM, Ukhti Fasihah Mohd Pauzi juga amat menarik perhatian. Tajuk Dari Wanita Untuk Wanita dikupas dengan cukup baik oleh pimpinan muslimat tersebut.
Beliau menerangkan bahawa muslimat ini bukan sahaja mengetahui bahawa dia adalah seorang pelajar semata-mata, tetapi perlu mengorak langkah ke depan sebagai seorang mahasiswi muslim dan seorang muslimah yang mengetahui akan hal agamanya.
Beliau juga turut menyarankan kepada mahasiswi yang hadir agar turut sama-sama merealitikan agenda utama yang digagaskan oleh SIGMA sebuah badan Srikandi di bawah GAMIS iaitu dengan Triple P. Peka Isu, Public Speaking dan juga Public Relation. Pendekatan yang di bawa oleh beliau memperlihatkan bahawa muslimat ini bukan lagi duduk di tampuk lama yang hanya boleh melakukan kerja-kerja asas terutama selepas berkahwin.
dengan kalimah tauhid!
0 Responses to "Dari Wanita Untuk Wanita"
Catat Ulasan