SALAM AIDILFITRI

Author: Ummu Hannan // Category:

HELWI PMAPIUM mengucapkan Salam Aidilfitri buat seluruh warga APIUM. Moga ramadhan yang berlalu memperoleh berkat dan rahmat dari-Nya. Syawal yang tiba ini biarlah menjadi penguat semangat bagi kita semua untuk lebih dekat pada-Nya agar seluruh kehidupan ini sentiasa di atas landasan dan jalan yang benar di sisi-Nya.

Maaf dipinta, keampunan diharapkan atas salah silap sepanjang kami memegang tampuk pimpinan mahasiswi di APIUM. Di mohon dan menjadi harapan, seluruh mahasiswi APIUM dapat bersama-sama kepimpinan siswi dalam menonjolkan ketrampilan dan kredibiliti sebagai seorang mahasisiwa muslim lebih-lebih lagi di Akademi Pengajian Islam ini.

Akhir kata, sambutlah salam mesra dan salam Ied Mubarak dari kami HELWI PMAPIUM 2009/2010.
Wanita Solehah....
semoga menjadi pedoman wanita yang ingin menjadi
remaja yang cemerlang, isteri yang solehah,
dan ibu yang penyayang..insyaAllah.... ^_^

Syaitan Yang Menggoda Iman

Author: Ummu Hannan // Category:
SHEIKH ABDUL QADIR JAILANI adalah seorang alim ulama dan ahli sufi yang cukup dikenali keutamaan dan kemuliaan ilmunya di kalangan umar Islam. Kerana sikapnya yang warak atau dekat dengan Allah, banyak pengikutnya yang berlebih-lebihan memuliakannya. Diceritakan suatu hari Sheikh Abdul Qadir jailani berjalan merantau seorang diri. Dalam mengharungi padang pasir yang panas terik itu ia merasa kehausan. Tiba-tiba ia melihat sebuah bejana dari perak melayang di udara lalu perlahan-lahan turun kepadanya diselimuti awan di atasnya.

Saat itu diceritakan terdengar suara ghaib di angkasa : "Hai Abdul Qadir, minumlah isi bejana ini. Hari ini kami telah menghalalkan kamu makan dan minum semua yang selama ini aku haramkan . Dan telah kugugurka semua kewajipan untukmu." Bunyi suara ghaib itu.

Sebagai orang yang arif, Abdul Qadir cukup tahu bahawa suara ghaib yang menyerupai wahyu itu cuma syaitan yang menggoda keteguhan imannya. Maka marahlah ia dan berkata : "Hai mal'un beredarlah engkau dari sini. Sesungguhnya aku tiada lebih mulia dibandingkan dengan Nabi Muhammad S.A.W di sisi Allah Taala. Kepada Rasulullah sahaja tidak mungkin berlaku ketentuan semacam itu. Barang yang diharamkan Allah selamanya tetap haram, dan kewajipan hamba kepadanya tidak pernah digugurkan termasuk pada diriku." Ujarnya tegas.

Dari Wanita Untuk Wanita

Author: Ummu Hannan // Category:
Alhamdulillah sekali lagi pada minggu ini Allah mengizinkan kami untuk meneruskan kuliah Fiqh Mar'ah yang diadakan pada setiap tengah hari Jumaat. Minggu lalu, untuk kali pertamanya kami mengadakan kuliah ini tidaklah mendapat sambutan yang begitu menggalakkan. Dari permasalahan yang dilihat kerana masa yang dipilih adalah kurang bersesuaian.

Al maklumlah, hari Jumaat...tak ramai yang ada kelas, jika ada pun sekitar jam 1 petang baru mereka keluar. Itu pun hanya beberapa kelas sahaja. Pemerhatian yang dibuat pada minggu lalu berjaya membuatkan kami mengambil beberapa iktibar untuk minggu ini. Disebabkan itulah kami menukar masa dari jam 12.15pm kepada jam 1pm, di mana tempatnya masih lagi sama.

Kehadiran muslimat pada minggu ini agak menggalakkan. Perbincangan yang di bawa oleh Naib Yang Di Pertua PMIUM, Ukhti Fasihah Mohd Pauzi juga amat menarik perhatian. Tajuk Dari Wanita Untuk Wanita dikupas dengan cukup baik oleh pimpinan muslimat tersebut.


Beliau menerangkan bahawa muslimat ini bukan sahaja mengetahui bahawa dia adalah seorang pelajar semata-mata, tetapi perlu mengorak langkah ke depan sebagai seorang mahasiswi muslim dan seorang muslimah yang mengetahui akan hal agamanya.



Beliau juga turut menyarankan kepada mahasiswi yang hadir agar turut sama-sama merealitikan agenda utama yang digagaskan oleh SIGMA sebuah badan Srikandi di bawah GAMIS iaitu dengan Triple P. Peka Isu, Public Speaking dan juga Public Relation. Pendekatan yang di bawa oleh beliau memperlihatkan bahawa muslimat ini bukan lagi duduk di tampuk lama yang hanya boleh melakukan kerja-kerja asas terutama selepas berkahwin.


Saranan beliau kepada mahasiswi muslim adalah untuk bersama-sama menyampaikan seruan dakwah dan menggunakan sebaik mungkin kemahiran yang ada untuk disampaikan kepada anggota masyarakat. Bukan sahaja tugas ini perlu dilaksanakan oleh golongan pemuda tetapi muslimat perlu mengambil ia sebagai satu keistimewaan yang dikurniakan oleh Allah.


sebahagian mahasiswi yang hadir

Moga inilah wajah-wajah yang bakal menggegarkan bumi
dengan kalimah tauhid!

KHAS UNTUK ANDA

Author: helwipmapium // Category:


:: FIQH MAR'AH ::

WANITA YANG MEMIKAT !!!

Jangan lepaskan peluang.. Marilah beramai-ramai kita dengarkan
apakah TIPS untuk menjadi WANITA YANG MEMIKAT !!
Jangan bazirkan masa tengah hari anda tanpa hadir ke kuliah khas ini....=)


JUMAAT

JAM 12.15pm - 12.45pm

bertempat di BS 8

Nantikan Kuliah Fiqh Mar'ah
pada setiap minggu =)

Author: helwipmapium // Category:
PILIHAN RAYA PERMATANG PASIR...
26 OGOS 2009 / RABU
Alhamdulillah, berakhir sudah pilihan raya Permatang Pasir, dan Pas berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undanagn Negeri ( DUN) Permatang Pasir. Tahniah kepada calonnya, Mohamad Salleh Man yang berjaya memperolehi undi 9618 undi. Beliau telah menewaskan calon Barisan Nasional (BN ) Rohaizat Osman yang memperolehi 5067 undi. Beliau memenangi dengan majoriti 4551 undi.

Keputusan pilihanraya diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Roslan Yahaya pada jam 7.31 malam di pusat penjumlahan undi di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Berapit.
Seramai 14,768 daripada 20,290 pemilih keluar mengundi di lapan pusat mengundi yang dibuka dari jam 8 pagi hingga 5 petang.

Kemenangan ini merupakan kemengan pertama Mohd Salleh yang juga Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang selepas tewas dalam enam pilihan raya umum sebelum ini. Berikutan kemenangan itu, Mohd Salleh dijangka dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) apabila tempoh pelantikan Yang Dipertua sekarang, Shabudin Yahaya berakhir pada 31 Disember depan.

Diharapkan kemenangan ini mendapat keredhaan dan rahmat dari Allah SWT dan semoga Allah mempermudahkan tugas Beliau..Amin..

Author: helwipmapium // Category:
25 ogos 2009
JUADAH BRBUKA..BINGKA TEPUNG GANDUM
Sempena bulan Ramadhan ini, mesti sahabat-sahabat mempunyai banyak resepi untuk dijadikan juadah berbuka. di sini, saya ingin berkongsi cara-cara unuk menyediakan bingka tepung gandum..
bahan-bahan :
500 gm tepung gandum
4 mangkuk santan (diambil daripada 1½biji kelapa)
2 cawan gula
2 biji telur ayam
½ cawan jus pandan

Sedikir garam
Sedikit minyak
Cara-caranya :
Ayak tepung gandum ke dalam mangkuk. Pukul telur dengan gula hingga kembang. Kemudian masukkan ke dalam mangkuk tepung. Masukkan juga sedikit garam, santan dan jus pandan. Setelah itu, adun hingga rata dan sebati. Pastikan tepung adunan tidak berbiji. Sapukan acuan dengan sedikit minyak. Panaskan acuan sebentar, kemudian tuangkan adunan tepung tadi ke dalamnya. Setelah itu, bakarlah hingga masak. Setelah masak, sejukkan dahulu sebelum dipotong.SELAMAT MENCUBA...
( diambil dari mesra.net-recepies )

RAMADHAN AL-MUBARAK YANG MULIA

Author: helwipmapium // Category:
25 ogos 2009

RAMADHAN KEMBALI....
Sempena Bulan Ramadhan yang mulia ini, marilah kita bersama-sama meningkatkan amalan kita, serta mengambil peluang yang ada untuk mendekatkan diri kita dengan Allah SWT. Bulan yang barakah ini mempunyai banyak fadhilatnya, antaranya:
- Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."


-Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."


- Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

-Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."

-Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."

-Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."

-Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."