Pelajar dan Assignment

Author: Ummu Hannan // Category:


Ini kisah di Universiti. Kisah segolongan mahasiswa yang selalu menangguhkan gerak kerja tugasan mereka. Tidak membuat perancangan waktu dengan baik. Pada saat akhir, mereka akan ‘pulun’ buat kerja. Pada saat itulah baru terlintas idea, dapat kumpul maklumat, ada masa perbincangan kumpulan, hendak jumpa pensyarah, bahkan lebih hebat lagi, pada masa itu mereka memahami kehendak tugasan  yang diberikan sedangkan selama ini mereka tidak pula faham. Itulah kebiasaannya.


Kerja sebegini (pulun) sebenarnya memenatkan, ibarat seorang petani di ladang, menggemburkan tanah, menanam benih, menyiram dan menunggu hasil dalam masa yang singkat. Sedangkan petani lain, membuat peringkat-peringkat pada masa yang ditetapkan dalam masa yang terancang. Kemudian, mendapat hasil pada tarikh yang dijangkakan.


Oleh sebab itu, kerja yang memenatkan ini, kebiasaannya hasil yang diperoleh tidak seberapa. Perbandingan dapat dibuat dengan mahasiswa yang merancang daripada proses mengumpul maklumat, berbincang dengan pensyarah, membuat pembincangan kumpulan, memproses idea, memproses idea dan maklumat sehingga menghantar tugasan. Sudah tentu, hasil dapatan tugasan lebih menarik.


Tabiat membuang masa pada awal semester, leka dengan urusan selain pembelajaran dan tidak mementingkan keutamaan adalah factor terjadinya kerja seperti ini (pulun). Bayangkan betapa penatnya otak kita menghabiskan pembacaan  pelajaran satu semester dalam masa semalaman! Itu belum pasti dapat memahami sepenuhnya ataupun tidak. Memaksa otak menghafal dalam masa yang singkat.


Disamping itu, bertungkus lumus bekerja ataupun menyiapkan tugasan pada saat akhir kadangkala ia tidak dapat disiapkan. Secara tidak langsung, mereka beralasan dan meminta penangguhan. Antara alasan-alasan yang kerapp diberi adalah :-
1)      “computer masuk virus”
2)      “computer tiba-tiba hang
3)      “data tidak dapat dibaca”
Perkara-perkara ini tidak dapat dielak dengan member tarikh akhir pada diri sendiri lebih awal daripada tarikh akhir sebenar tugasan. Contohnya, tugasan bagi subjek falsafah pendidikan mesti dihantar pada 21 Februari 2005. Mahasiswa yang bijak dan merancang akan menetapkan sama ada seminggu lebih awal ataupun tiga hari lebih awal memberi  tarikh akhir pada diri mereka. Contohnya pada 18 Februari 2005. Pada tarikh itu, kita boleh menghantar tugasan lebih awal supaya disemak oleh pensyarah. Selang hari berikut, kita dapat menyemak ruang waktu berbuat demikian. Selang hari ini dipanggil sebagai masa awasan.


Tindakan memberi tarikh akhir yang lebih awal pada diri sendiri dapat menenangkan emosi kita. Kita tidak tergesa-gesa pada saat akhir malah dengan itu dapat meningkatkan kecemerlangan kita dalam akademik, pengurusan waktu dan hubungan di antara pelajar dan pensyarah.

0 Responses to "Pelajar dan Assignment"

Catat Komen